LATAR BELAKANG SYARIKAT




Pada tahun 1895, pembinaan bangunan Pejabat Kerajaan baru telah dimulakan untuk menggantikan bangunan lama Pejabat Daerah yang dibina pada tahun 1883. Bangunan baru yang dibina mengikut rekabentuk bangunan Victoria. Bangunan ini direka dengan dimuatkan sebuah Dewan Majlis Orang Ramai, Pejabat untuk Sekretriat, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Audit, Pejabat Pendidikan, serta Jabatan Perhutanan.


Bangunan ini siap dibina pada tahun 1897 dan mula beroperasi pada tahun 1898. Hari ini, ia adalah premis Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.



     Pentadbiran di pejabat ini telah dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Larut Matang yang berpusat di Bandar Taiping dan Selama dimana pentadbirannya berpusat di Bandar Selama. Ianya dibantu oleh tiga orang Ketua Penolong Pegawai Daerah yang bertanggungjawab ke atas Pembangunan Daerah, Pentadbiran Daerah dan Pentadbiran Daerah Kecil Selama, serta beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Kesemua mukim-mukim ditadbir oleh Penghulu-Penghulu Mukim. Selain itu, daerah ini terdapat bandar-bandar dan pekan-pekan lain iaitu Bandar Taiping, Pekan Simpang, Pekan Sungai Tinggi, Pekan Trong, Pekan Changkat Jering, Pekan Batu Kurau, Bandar Kamunting, dan Pekan Selama.

     Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat, dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104,.03 hektar (170 kilometer persegi).

0 comments:

Catat Ulasan