PENGHARGAAN
Segala
pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke
hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan
Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Seperti yang telah ditetapkan
oleh pihak Politeknik, saya telah sempurnakan program Latihan Industri ini
dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester (5 bulan) bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016 bagi
sesi Disember 2015.
Saya Hariz Dzulhafiz Bin Abdul Manap (21DIP14F1036) dari Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang
mengikuti kursus Diploma Teknologi
Maklumat (Pengaturcaraan) telah menyelesaikan program Latihan Industri di Pejabat Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan
Selama (PDTLMS) Taiping, Perak dengan jayanya. Banyak pengalaman dan
pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu) berada
di Pejabat Daerah dan Tanah, Larut,
Matang dan Selama (PDTLMS) ini.
Setinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat
Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan Selama (PDTLMS) terutama kepada Puan Nazlin Hanum Binti Ahmad Khalil
selaku Pegawai Daerah kerana sudi
menerima saya untuk menjalani program Latihan Industri di sini. Terima kasih
diucapkan kepada kakitangan di Unit Hasil terutama Puan Salwa Haslinda Binti Che Rose selaku Penolong
Pegawai Daerah (Tanah) dan Encik Zaini
Bin Zainol Abidin selaku Penolong
Akauntan (Tanah) serta staf-staf di sini yang sudah menganggap saya sebagai
rakan sekerja dan banyak membantu saya dalam mejayakan program Latihan Industri
ini. Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun
di luar bidang saya kerana mungkin di luar sana pelbagai bidang yang boleh saya
ceburi.
Juga diucapkan jutaan terima
kasih kepada Unit Perhubungan Latihan
Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulau iaitu Puan
Nur Fairuz Afni Binti Ahmad Faizal dan Puan
Nur Syuhada Binti Mohamad Rodzi yang banyak memberi tunjuk ajar dan
pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di
Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama (PDTLMS). Akhir kata, jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara
langsung dalam penghasilan laporan saya ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
DEDIKASI
“Untuk ayah dan bonda yang
tercinta seisi keluarga yang disayangi, warga Pejabat Daerah dan Tanah Larut,
Matang dan Selama (PDTLMS) serta semua rakan-rakan seperjuangan Politeknik
Balik Pulau, juga saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan sepenuhnya ketika menjalani Latihan Industri ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan segala imu dari
segi teori dan praktikal sebelum saya menjalankan Latihan Industri ini.”
PERAKUAN PELAJAR
“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil
kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan.”
Tandatangan : ………………………………...
Nama Pelajar : HARIZ DZULHAFIZ BIN ABDUL MANAP
No. Pendaftaran : 21DIP14F1036
Tarikh : ……………….
0 comments:
Catat Ulasan