PENGENALAN
Latihan industri
merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan
industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik
KPTM. Pelajar digalakkan mendapatkan sesebuah organisasi yang boleh menerima
sebagai pekerja di organisasi tersebut. Pelajar akan menjalani sepanjang satu
semester (20 minggu). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai
panduan dan bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan pada
masa kelak. Diharapkan dengan adanya latihan industri ini, setiap pelajar dapat
menimba ilmu yang diperolehi untuk dimanfaatkan setelah mereka mendapat
pekerjaan kelak.
Sebelum menjalani kursus Latihan Industri, pelajar perlu memenuhi
semua syarat kelayakan menjalani Latihan Industri iaitu :
- Telah mendaftar kursus LI.
- Mendapat Kedudukan Baik (KB)
atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya.
- Memperolehi jumlah jam kredit
yang yang ditetapkan dengan merujuk Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah
Penilaian. (Sekurang-kurangnya 42 jam kredit).
- Dilindungi insurans.
- Telah menduduki dan lulus kursus-kursus
prasyarat yang ditetapkan.
- Memenuhi lain-lain arahan yang
ditetapkan oleh pihak Politeknik.
Walaubagaimanapun. pelajar boleh memilih mana-mana organisasi yang
diingini oleh pelajar bergantung kepada faktor-faktor berikut :
- Kesediaan firma atau jabatan
menerima pelajar.
- Kekosongan tempat latihan yang
dipohon.
- Permintaan dari firma atau
jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar
di institusi pengajian.
Tujuan utama buku panduan Latihan Industri disediakan adalah
untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri
supaya bersedia menempuh segala cabaran di alam pekerjaan dan sentiasa akur
dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan juga
jabatan atau firma berkenaan. Dengan buku panduan ini, para pelajar dapat
menangani segala kerumitan yang mungkin timbul dan seterusnya meneruskan Latihan
Industri dengan jayanya.
0 comments:
Catat Ulasan